Apakah Program NUR E REBAT? Apakah Kelayakan Program ini?
![](https://cdn1.npcdn.net/images/1738568196527889d847a93c83fd53851d12560309.jpeg?md5id=4abef40acde72e6a887be4f0bcc4aa38&new_width=760&new_height=1000&w=1466647023)
Program NUR:DOMESTIK adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2025.
OBJEKTIF PROGRAM
- Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
- Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik;
- Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;dan
- Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Kelayakan:
-
Warganegara Malaysia;
-
Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, ESB, SEB, NUR Power);
-
Pembelian barangan elektrik (penyaman udara/peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang pada tahun 2025 atau sehingga kuota habis;
-
1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first served basis; dan
-
Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program SAVE (Untuk diperluas kepada mereka yang berpeluang menikmati e-rebat pembelian barangan elektrik cekap tenaga).
Bawa Bil Elektrik datang ke Kedai Intan Radio atau wasap team kami http://wassap.my/601111199046/rebatnur . Kami tlg buat semakan dan pemohonan..
Jom wasap kami
http://wassap.my/601111199046/rebatnur atau datang ke Kedai
![😊](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t7f/1/16/1f60a.png)
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Feb 03,2025